Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Setia Hujung Nyawa

Assalamualaikum .. !!

Demam Adam&Hawa da nak abes,
La nie timbul lak demam baru ..

Demam SETIA HUJUNG NYAWA akasia  Tv3 ..
Drama nie tersangat2 la cute ya ampun ..

First episode aku xtengok pom sbb mula2 boring la
tapi start episode 4 ke 5 gitu aku start tgk ..
maklum la ad scene cute2, lucu, tergelak ase nak golek masa tgk
start dari tu ari2 tgk,berebut dengan adik tv dengan adik2 ..

Drama nieyh adaptasi novel tau ,
novelnya pom xsempat aku nak bace tapi da ade drama kan ..
Cepat tOl .. Sapa ad novel2 Kasi pinjam maaa .. :)

disini aku postkan kulit novel dan sinopsis  mengikut novel k



Pengantin perempuan lari? Zain Hakimi panasaran. Seseorang perlu menggantikan
tempat Sofea demi maruah keluarga. Datin Adibah kalut mencari bakal menantu 
bidan terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. 
Gadis itu segera dilamar. Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas 
sebab tertentu. Juga demi menyelamatkan maruah keluarga. Ersalina terpaksa rela.
Dia dinikahi Zain yang langsung tidak mencintainya. Namun, status isteri 
membuahkan kasih yang bukan sedikit.

Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya.
Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, 
isterinya disahkan mengandung. Sedangkan dia belum pernah menyentuh isterinya itu.
Kepedihan ini amat dalam lukanya. Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain.
Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini 
diterima kerana memang dia bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan 
dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa.






haaa .. cmne ?? bila bace sinopsis mesti xterlintas di fikiran drama ni tersangat2 la cute .. hohoho,arap2 terus cuet miut laa ..
P/s : Ujian MEDSI ?? nak pegi x erk ?? urmmm .. KOmpius


2 comments:

purplelicios said...

critanya bst tp kt tb da lri skit..but endingg xbstt waaaa

misZ eEhan said...

hah ?? ending x best ??
kenapa